Seminar Artificial Intelligence (AI) Sektor Awam Tahun 2025 akan diadakan pada 21 – 22 Ogos 2025. Seminar ini merupakan kali ke-dua yang dianjurkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) bagi memberi pendedahan dalam pengadaptasian teknologi AI dalam Sektor Awam. Peserta sasaran adalah Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam.
Objektif:
- Meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai AI di kalangan Pegawai Teknologi Maklumat dalam sektor awam;
- Membincangkan potensi pengadaptasian AI dalam sektor awam dan bagaimana ia boleh meningkatkan kecekapan operasi serta perkhidmatan kepada rakyat; dan
- Memberi pendedahan kepada pegawai tentang perkembangan terkini dalam teknologi AI dan cara mengintegrasikannya dalam tugas harian.
Maklumat lanjut berhubung seminar akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.