
Jabatan Digital Negara (JDN) telah terlibat dengan Program AWS Public Sector Leaders Innovation Exchange: AI Edition pada 8 Julai 2025 (Selasa) di Hotel DoubleTree Hilton Putrajaya. Dalam program ini YBrs. Ts. Nik Zalbiha Nik Mat, Ketua Pengarah JDN telah dijemput menyampaikan ucaptama. Program turut dihadiri Encik Ibrahim Ismail, Pengarah Bahagian Perundingan ICT dan para Perunding ICT. Program ini juga telah dihadiri hampir 180 orang pegawai sektor awam daripada pelbagai agensi. Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pada peserta solusi AI terkini yang boleh diadaptasi oleh para peserta di agensi masing-masing.
Pada sebelah petangnya telah diadakan satu Sesi Meja Bulat Pasukan AIaaS JDN bersama Mr. Jeff Kratz (Vice President, Worldwide Public Sector Industries, AWS) dan pengurusan AWS. Sesi ini bertujuan bagi bertukar idea dan pandangan dalam menjayakan inisiatif pembangunan platform AIaaS JDN.


