Kursus Google Workspace Collaboration With Gemini akan diadakan pada 29 – 30 Julai 2025 dan terbuka kepada warga Jabatan Digital Negara.
Kursus ini bertujuan membantu menguasai kolaborasi digital menggunakan Google Workspace dan teknologi terkini AI – Gemini. Selain itu, turut diperkenalkan kepada Gemini Gems iaitu pembantu AI tersuai untuk tugasan berulang, serta NotebookLM, platform AI yang direka untuk menyelidik dan memahami dokumen kompleks secara pantas.
Objektif:
- Menggunakan Google Workspace secara efektif untuk kolaborasi dan pengurusan tugasan;
- Menulis emel dan dokumen rasmi dengan lebih cekap menggunakan Gemini;
- Menghasilkan laporan dan pembentangan menggunakan AI sebagai pembantu;
- Menjadualkan mesyuarat dan menyusun fail kerja dengan lebih teratur;
- Mempelajari kaedah mengautomasi dan berkongsi laporan dengan pasukan; Menyelesaikan kerja pentadbiran dengan bantuan automasi mudah daripada Gemini;
- Automasi tugasan berulang menggunakan Gemini Gems; dan
- Gunakan NotebookLM untuk rumusan dokumen rasmi.
Maklumat lanjut mengenai kursus boleh layari melalui https://www.dtims.intan.my/