ASEAN AI MALAYSIA SUMMIT 2025

Jabatan Digital Negara (JDN) telah turut serta memeriahkan Pameran AI Centre of Excellence (AI COE) sempena AI ASEAN SUMMIT 2025 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur dari 12 hingga 13 Ogos 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

JDN berbangga dapat mengetengahkan Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam serta mempamerkan Terra AI dan AI Chatbot – Aisyah iaitu antara produk hasil pembangunan dalaman JDN yang menyokong inisiatif pemerkasaan AI dalam sektor awam.

Penyertaan ini juga mencerminkan komitmen JDN dalam mendokong aspirasi pengadaptasian AI yang beretika, selamat dan berimpak tinggi di sektor awam ke arah transformasi digital negara.