Seminar Artificial Intelligence (AI)

Pasukan Kerja Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam (GPAISA), Bahagian Perundingan Digital (BPD), JDN telah terlibat sebagai penceramah bagi program Seminar Artificial Intelligence anjuran Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan pada 31 Julai 2025 bertempat di Kompleks C. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pegawai wakil bahagian-bahagian di JPA termasuk wakil INTAN. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah BDTM JPA, Puan Noorjan binti Mohd Mustapha.

Pasukan GPAISA JDN telah menyampaikan taklimat bagi enam modul berdasarkan 6 bab dalam GPAISA. Pembentang JDN terdiri daripada Dr. Noor Hasliza Mohd Hassan, Ts. Saifuddin Mohd, Puan Nursyahida Arboin dan Puan Farhadila Nadia Mislan manakala Puan Che Faizah Mamat bertindak sebagai fasilitator. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih mendalam kepada pegawai-pegawai JPA berkenaan pendigitalan sektor awam, khususnya bagi adaptasi teknologi terkini, Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam (GPAISA) dan perkhidmatan digital yang disediakan oleh JDN.