Latar Belakang Chatbot AI – AISHAH:
AISHAH adalah aplikasi chatbot berasaskan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) yang dibangunkan oleh kepakaran dalaman dari Bahagian Kerajaan Digital, Jabatan Digital Negara (JDN). Aplikasi ini bertujuan membantu memberikan maklumat relevan berkaitan perkhidmatan JDN dengan keupayaan untuk memahami dan menjawab pertanyaan mengikut keperluan. Pembangunan AISHAH bermula dari 11 Julai hingga 21 Julai 2024 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai 2024 melalui laman web rasmi JDN di https://www.jdn.gov.my.
Ciri-ciri AISHAH
1. Pelbagai Bahasa:
Menyokong pelbagai bahasa bagi memudahkan komunikasi dengan pelbagai lapisan pengguna, namun jawapan sentiasa dalam Bahasa Malaysia rasmi.
2. Mesra Pengguna:
Memahami perbualan seperti berbual dengan manusia
3. Tiada Had Masa:
Boleh diakses pada bila-bila masa, menyediakan sokongan dan maklumat sepanjang masa tanpa mengira waktu.
4. Pembantu Maya:
Capaian repositori maklumat dan laman web serta integrasi pangkalan data
Faedah Chatbot
Penggunaan teknologi chatbot membolehkan peningkatan kecekapan perkhidmatan dengan sokongan operasi 24/7, memastikan pengguna dapat mengakses maklumat dan bantuan pada bila-bila masa. Dari sudut optimum kos, keperluan terhadap pusat panggilan fizikal dapat dikurangkan, sekali gus menjimatkan perbelanjaan operasi. Selain itu, keupayaan analitik yang disediakan membantu dalam pembuatan keputusan yang lebih tepat, pantas, dan berasaskan data.
Success Story
Sejak pelancaran AISHAH, chatbot pintar ini telah mencetuskan gelombang baharu dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan. AISHAH menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai agensi kerajaan. Keupayaannya menyediakan maklumat tepat secara 24/7 dan menyokong pembuatan keputusan berasaskan data telah menarik perhatian ramai pihak. Hasilnya, semakin banyak agensi memohon untuk mendapatkan taklimat khas dan bimbingan teknikal (coaching) bagi memahami potensi penggunaan chatbot ini dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan agensi serta membantu membangunkan chatbot yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Antara agensi yang telah diberikan taklimat dan bimbingan teknikal (coaching) adalah:
Taklimat:
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Perbendaharaan Selangor Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)
- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Kementerian Kemajuan Desan dan Wilayah (KKDW)
- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Bimbingan Teknikal:
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Bahagian Penyelidikan, JPM Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
- Jabatan Audit Negara (JAN)
- Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)
- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Pejabat Perdana Menteri (PMO)
Terdapat 9 agensi yang telah mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan sesi taklimat dan bimbingan teknikal. Antaranya adalah:
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
- Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Manusia (JBPM)
- Kementerian Dalam Negeri (KDN)
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Pencapaian ini membuktikan bahawa Chatbot AISHAH bukan sahaja memberi impak positif kepada operasi dalaman JDN, malah turut menjadi rujukan dan inspirasi kepada agensi lain untuk mengadaptasi teknologi pintar demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam.
Pertanyaan berkaitan pendigitalan dan perkhidmatan JDN:
Bilangan Soalan sehingga 11 Julai 2024: 14,345